JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA JAKIM - AMBILAN JUN 2017




Kekosongan Terkini di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk tahun 2017
Calon-calon warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia  2017 seperti berikut :


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

1. Pembantu Atase Agama

CARA MEMOHON
Permohonan adalah dipelawa kepada Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 di bawah Ketua Perkhidmatan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang berminat untuk berkhidmat sebagai Pembantu Atase Agama di Kaherah, Mesir.

2. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 yang memohon mestilah:
i.    telah disahkan dalam perkhidmatan;
ii.   bebas daripada sebarang tindakan tatatertib;
iii.  baki perkhidmatan sekurang-kurangnya lima (5) tahun sebelum mencapai tarikh persaraan paksa;
iv.  menguasai Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab dengan baik; dan
v.   mempunyai tahap kesihatan yang baik.

3. Semua permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan seperti di LAMPIRAN.

4. Permohonan pegawai hendaklah disokong dan dikemukakan melalui Ketua Jabatan.

5. Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses untuk urusan penilaian dan permohonan adalah terbatal sekiranya maklumat yang dikemukakan didapati palsu.

6. Pegawai yang berjaya melepasi proses penilaian perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan hanya pegawai yang lulus pemeriksaan kesihatan sahaja layak dipertimbangkan untuk dilantik sebagai Pembantu Atase Agama.

7. Permohonan yang lengkap hendaklah dimajukan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Jakim sebelum atau pada 15 Jun 2017 (Khamis) dan permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Seksyen Pembangunan Organisasi dan Perjawatan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 6, Blok B
Kompleks Islam Putrajaya
62100 Putrajaya

LOKASI / NEGERI : SELURUH NEGARA 
TARIKH TUTUP : 15 JUN 2017


Kongsikan Artikel ini :

Langgan Update Jawatan Kosong Percuma Ke Email :


DAPATKAN UPDATE JAWATAN KOSONG KE EMAIL PERCUMA :