MAJLIS PERBANDARAN HANG TUAH JAYA - GAJI RM1,377 - RM9,656.00




Kekosongan Terkini di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya untuk tahun 2017
Calon-calon warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya 2017 seperti berikut :

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

1. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U41
2. PEMBANTU KEMAHIRAN H19 

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya yang boleh didapati dari laman web MPHTJ atau datang sendiri ke Aras 2, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.

Permohonan hendaklah disertakan dengan sesalinan sijil-sijil kelayakan dan dokumen yang disahkan. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan akan ditolak dengan serta merta

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar di dalam sampul surat berukuran 32sm x 22sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul hendaklah ditulis NAMA JAWATAN yang dipohon.

Pemohon hendaklah menyediakan sampul surat berukuran 10sm x 23sm beserta stem RM0.60 sen semasa menghantar borang permohonan dan hendaklah ditulis NAMA JAWATAN yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul dan alamat surat menyurat.

Alamat permohonan dan tarikh tutup permohonan :

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
SF-01, Aras 2,
Kompleks Melaka Mall,
Jalan Tun Abdul Razak, Ayer Keroh,
75450 Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, Melaka

(U.P  : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN)

LOKASI / NEGERI : MELAKA 
TARIKH TUTUP : 9 JUN 2017


Kongsikan Artikel ini :

Langgan Update Jawatan Kosong Percuma Ke Email :


DAPATKAN UPDATE JAWATAN KOSONG KE EMAIL PERCUMA :