MAJLIS DAERAH PASIR PUTEH - GAJI RM1,218 - RM5,684




Kekosongan Terkini di Majlis Daerah Pasir Puteh untuk tahun 2017
Calon-calon warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Majlis Daerah Pasir Puteh 2017 seperti berikut :

Majlis Daerah Pasir Puteh

1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29
2. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA29
3. Penolong Jurutera JA29
4. Pembantu Awam H11
5. Pemandu Kenderaan H11
6. Pembantu Penyelia H11

CARA MEMOHON
Borang permohonan boleh di muat turun melalui Laman Web Rasmi Majlis Daerah Pasir Puteh. Setiap permohonan hendaklah ditulis Nama Jawatan dibahagian atas sampul surat sebelah kiri.

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

Yang DiPertua,
Majlis Daerah Pasir Puteh,
16800 Pasir Puteh,
Kelantan.

Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah mengemukakan borang permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan masing-masing dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod yang kemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi Terkini.

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport,salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik, transkip keputusan pemeriksaan semua semester yang telah disahkan.

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

LOKASI / NEGERI : KELANTAN
TARIKH TUTUP : 19 JUN 2017


Kongsikan Artikel ini :

Langgan Update Jawatan Kosong Percuma Ke Email :


DAPATKAN UPDATE JAWATAN KOSONG KE EMAIL PERCUMA :