MAJLIS PERBANDARAN KLANG - GAJI RM1,493 - RM5,672
Calon-calon warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Majlis Perbandaran Klang 2017 seperti berikut :
1. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29
CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat dalam borang MPK(BP) Perjawatan Pindaan 7/2016 yang boleh diperolehi di Bahagian Sumber Manusia, Majlis Perbandaran Klang dengan harga RM2.00.
Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan gambar berukuran pasport, Salinan-salinan sijil kelahiran, kad pengenalan, sijil persekolahan, kelulusan akademik yang berkaitan (sijil/diploma/ijazah), transkrip keputusan peperiksaan semua semester yang telah disahkan daripada salinan asal;
Borang permohonan hendaklah dihantar ke alamat berikut :
MAJLIS PERBANDARAN KLANG,
Bangunan Sultan Alam Shah,
Jalan Perbandaran,
41675 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
LOKASI / NEGERI : SELANGOR
TARIKH TUTUP : 21 JUN 2017
Kongsikan Artikel ini :
