MAJLIS PERBANDARAN KULIM KEDAH MPKK - GAJI RM1,377 - RM5,753




Kekosongan Terkini di Majlis Perbandaran Kulim untuk tahun 2017
Calon-calon warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Majlis Perbandaran Kulim 2017 seperti berikut :

Majlis Perbandaran Kulim

1. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29/32
2. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA29/36
3. Penolong Pegawai Senibina JA29/36
4. Pembantu Penguatkuasa KP19/22
5. Pembantu Penilaian W19/22
6. Pembantu Kemahiran H19/22

CARA MEMOHON
Semua borang permohonan boleh dimuat turun melalui laman Portal MPKK. Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21 dan pastikan Laporan Prestasi tahunan terkini disertakan.

Setiap permohonan hendaklah disertakan perkara-perkara berikut:-
a) 2 keping gambar berukuran passport
b) Salinan Sijil Kelahiran 
c) Salinan Kad Pengenalan 
d) Salinan Sijil Peperiksaan
e) Lain-lain Sijil yang berkaitan 

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 25 sm x 32 sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis jawatan yang dipohon.

Permohonan yang tidak lengkap, tidak jelas dan tidak mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan akan DITOLAK. Permohonan hendaklah sampai di alamat seperti berikut:-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KULIM
NO. 1, LEBUH BANDAR 2
BANDAR PUTRA
09000 KULIM, KEDAH DARUL AMAN

(u.p: Bahagian Sumber Manusia)

LOKASI / NEGERI : KEDAH 
TARIKH TUTUP : 22 JUN 2017



Kongsikan Artikel ini :

Langgan Update Jawatan Kosong Percuma Ke Email :


DAPATKAN UPDATE JAWATAN KOSONG KE EMAIL PERCUMA :