PERBADANAN MUZIUM NEGERI PAHANG - GAJI RM1,352 - RM4,003




Kekosongan Terkini di Perbadanan Muzium Negeri Pahang untuk tahun 2017
Calon-calon warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Perbadanan Muzium Negeri Pahang 2017 seperti berikut :


Perbadanan Muzium Negeri Pahang

1. Pembantu Tadbir N19

CARA MEMOHON
Semua permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh dibeli daripada Bahagian Pentadbiran Perbadanan Muzium Negeri Pahang, Pekan dengan menyertakan kiriman wang pos bernilai RM 5.00 dan sampul surat berukuran 23 sm x 10 sm beralamat sendiri dan bersetem RM0.60 sen atau datang sendiri di alamat seperti di bawah.

Calon-calon yang terdiri daripada pegawai-pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Kuasa Tempatan mestilah telah disahkan dalam Perkhidmatan dan permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan Laporan Prestasi Tahunan disertakan bersama.

Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil Lahir, Kad Pengenalan, Sijil Berhenti Sekolah dan semua sijil-sijil kelayakan yang telah disahkan seperti yang disyaratkan termasuk sekeping sampul surat berukuran 24 sm x 11 sm beralamat sendiri dan dilekatkan setem RM0.60 serta hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon disudut atas sebelah kiri sampul surat.

PERMOHONAN YANG LENGKAP HENDAKLAH DIHANTAR KEPADA:

PENGARAH 
PERBADANAN MUZIUM NEGERI PAHANG
JALAN SULTAN AHMAD
26600 PEKAN
PAHANG DARUL MAKMUR

Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

LOKASI / NEGERI : PAHANG
TARIKH TUTUP : 9 JUN 2017


Kongsikan Artikel ini :

Langgan Update Jawatan Kosong Percuma Ke Email :


DAPATKAN UPDATE JAWATAN KOSONG KE EMAIL PERCUMA :