PERBEZAAN RESUME DAN COVER LETTER YANG PERLU ANDA TAHU !




Resume dan Cover Letter adalah dokumen yang penting sebelum anda pergi mencari pekerjaan kerana dokumen ini menetukan samaada anda layak atau tidak untuk ditemuduga dan mendapatkan pekerjaan.

RESUME DAN CV

Apa itu RESUME ?
Resume adalah suatu maklumat ringkas mengenai peribadi, pendidikan, dan pengalaman pekerjaan bagi menunjukkan kelayakan untuk jawatan yang dipohon.

Ringkas, padat dan jelas.
Memberikan fakta-fakta tentang latar belakang pemohon dan mengikut turutan.
Gambar ukuran passport terkini.
Menggunakan secara kreativiti berserta maklumat yang lengkap.
Tidak menggunakan perkataan "Saya".


RESUME

Apa itu COVER LETTER ?
Cover letter adalah suatu elemen yang penting untuk menyokong Resume anda. Cover Letter merupakan peluang anda untuk menonjolkan kemahiran serta kebolehan lain yang anda ada untuk memohon sesuatu pekerjaan.

4 LANGKAH MUDAH UNTUK MENULIS COVER LETTER :

1) Pembukaan
Pemohon hendaklah menyatakan jawatan yang dipohon dan dimana anda melihat jawatan tersebut. Pemohon hendaklah menyertakan nama dan alamat penerima. Nyatakan maklumat anda seperti no.tel, alamat dan email bagi memudahkan mereka menghubungi anda. 

2) Kenapa anda ?
Perenggan pertama, pemohon hendaklah menyatakan kelebihan dan kebolehan  yang menjadi sebab anda layak untuk jawatan yang dipohon. Pemohon boleh merujuk  job description untuk memenuhi keperluan mereka dan memberitahu keistimewaan dan kemampuan anda untuk bekerja di syarikat tersebut.

Pengalaman kerja dan segala aktiviti yang pernah anda buat boleh disertakan. Fokus kepada kemahiran percakapan, pengurusan masa, semnagat motivasi da juga displin semasa bekerja. Kelebihan seperti bekerja lebih masa dan boleh bekerja dalam tekanan serta berkerja sendiri atau berkumpulan adalah antara suatu keperluan bagi syarikat. 

3) Kenapa Mereka?
Perenggan seterusnya, pemohon boleh menceritakan kenapa anda berminat untuk bekerja di dalam syarikat dan organisasi tersebut. Anda juga perlu menyatakan mengapa anda memohon kerja dengan mereka dan nyatakan kelebihan mereka yang membuat anda tertarik untuk bekerja disitu.

4) Penutup
Bagi penutup cover letter anda perlu kuat dan jelas dan memaklumkan kepada mereka untuk menerima maklum balas yang positif daripada mereka.


Kongsikan Artikel ini :

Langgan Update Jawatan Kosong Percuma Ke Email :


DAPATKAN UPDATE JAWATAN KOSONG KE EMAIL PERCUMA :