LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA - GAJI RM1,353 - RM9,646




Kekosongan Terkini di Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara untuk tahun 2017
Calon-calon warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2017 seperti berikut :

LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA

1. Kurator S41
2. Pegawai Tadbir N41
3. Penolong Kurator S29
4. Pembantu Setiausaha Pejabat N19
5. Pembantu Tadbir (P/O) N19

CARA MEMOHON
Permohonan hendakah dibuat dengan menggunakan BORANG LPSVN 1/94 (Pindaan 2013) yang boleh didapati secara percuma daripada Bahagian Khidmat Pengurusan LPSVN atau boleh dimuat turun daripada laman web LPSVN. Borang salinan pendua boleh digunakan.

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan sijil kelahiran, salinan kad pengenalan, salinan sijilsijil persekolahan dan kelulusan yang berkelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang telah disahkan.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23cm x 30cm. Disudut sebelah kiri sampul hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon.

Permohonan hendaklah disampaikan kepada :

Ketua Pengarah
Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara
No.2, Jalan Temerloh
Off Jalan Tun Razak
53200 Kuala Lumpur

(u.p: Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan))

Hanya pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.

LOKASI / NEGERI : KUALA LUMPUR
TARIKH TUTUP : 27 OKT 2017


Kongsikan Artikel ini :

Langgan Update Jawatan Kosong Percuma Ke Email :


DAPATKAN UPDATE JAWATAN KOSONG KE EMAIL PERCUMA :