MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU - GAJI RM1,360 - RM5,674




Kekosongan Terkini di Majlis Bandaraya Johor Bahru untuk tahun 2017
Calon-calon warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Majlis Bandaraya Johor Bahru  2017 seperti berikut :

Majlis Bandaraya Johor Bahru

1. Penolong Pegawai Undang-undang L29
2. Pembantu Penguatkuasa KP19

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah menggunakan Borang MBJB/BSM/2014/1 yang boleh didapati daripada Bahagian Sumber Manusia, Aras 4, Bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru ATAU pemohon boleh muat turun borang permohonan daripada laman web Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ Bil.17 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Tahun 2005 dan memastikan Laporan Penilaian Prestasi dan Penyata
Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama-sama.

Semua permohonan yang dikemukakan hendaklah disertakan :-
 (i) salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
 (ii) salinan Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR);
 (iii) salinan transkrip pengajian;
 (iv) salinan sijil Diploma/Ijazah;
 (v) salinan semakan Pengiktirafan Kelayakan dari JPA (Diploma/Ijazah);
 (vi) salinan sijil/dokumen akademik dan lain-lain yang berkaitan;
 (vii) salinan Lesen Kelas Memandu;
 (viii) salinan kad pengenalan;
(ix) salinan surat beranak; dan
 (x) gambar berukuran pasport terbaru.

dan hendaklah diakui sah serta alamatkan kepada :-

DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
PETI SURAT 232
80720 JOHOR BAHRU 

Hanya calon-calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk urusan temuduga. Semoga berjaya.

LOKASI / NEGERI : JOHOR BAHRU 
TARIKH TUTUP : 25 OKT 2017


Kongsikan Artikel ini :

Langgan Update Jawatan Kosong Percuma Ke Email :


DAPATKAN UPDATE JAWATAN KOSONG KE EMAIL PERCUMA :