MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT - GAJI RM1,216 - RM5,672




Kekosongan Terkini di Majlis Daerah Kuala Langat untuk tahun 2017
Calon-calon warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Majlis Daerah Kuala Langat 2017 seperti berikut :

Majlis Daerah Kuala Langat

1. Penolong Pegawai Tadbir N29
2. Pembantu Penilaian W19
3. Pembantu Penguatkuasa KP19
4. Pembantu Tadbir Kewangan W19
5. Pembantu Operasi N11
6. Pembantu Awam H11

CARA MEMOHON
Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Langat yang boleh diperoleh dari Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Daerah Kuala Langat, Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting atau muat turun dari laman web MDKL.

Borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan pemohon, salinan kad pengenalan ibu dan bapa pemohon, salinan sijil kelahiran pemohon, salinan sijil kelahiran ibu dan bapa pemohon, salinan sijil-sijil akademik dan ko-kurikulum serta salinan sijil-sijil penghargaan yang telah diakui sah oleh Wakil Rakyat / Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional / Pengetua / Guru Besar / Penghulu / Ketua Kampung. Nama jawatan hendaklah dicatat di sebelah kiri sampul surat.

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya. 

LOKASI / NEGERI : SELANGOR 
TARIKH TUTUP : 7 NOV 2017



Kongsikan Artikel ini :

Langgan Update Jawatan Kosong Percuma Ke Email :


DAPATKAN UPDATE JAWATAN KOSONG KE EMAIL PERCUMA :