Jawatan Kosong di Perbadanan Labuan - Gaji RM2,529 - RM9,643




Kekosongan Terkini di Perbadanan Labuan untuk tahun 2018
Calon-calon warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Perbadanan Labuan  2018 seperti berikut :

Perbadanan Labuan

SENARAI JAWATAN : 

1. Jurutera J41 - Klik disini..
2. Pegawai Tadbir N41 - Klik disini..
3. Pembantu Penguatkuasa KP19 - Klik disini..


CARA MEMOHON
a) Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati dengan datang sendiri ke Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Wisma Perbadanan Labuan, W. P. Labuan. Maklumat jawatan kosong serta Borang Permohonan Jawatan juga boleh didapati melalui Laman Web: www.pl.gov.my

b) Pemohon yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing beserta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan yang terkini dan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini;

c) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar, salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, sijil berhenti sekolah, sijil kegiatan luar, kelulusan akademik, transkrip keputusan peperiksaan semua semester dan dokumen-dokumen lain yang telah diakui sah dari salinan asal;

d) Sila nyatakan jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat dan borang yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan pada atau sebelum 19 Disember 2018 (Rabu) ke alamat berikut:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PERBADANAN LABUAN  WISMA PERBADANAN LABUAN JALAN DEWAN
PETI SURAT 81245
87022 W.P. LABUAN
(U/P: JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan ke Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Perbadanan Labuan dengan menghubungi talian 087 - 581809, 581813. Permohonan yang lewat, tidak lengkap seperti yang dinyatakan di para (c) di atas atau tidak mengikut syarat-syarat tersebut akan ditolak. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga. 

Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya; dan Pihak Perbadanan Labuan tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temu duga dan penghantaran borang permohonan jawatan.

Lokasi : WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Tarikh Tutup Iklan : 19 DISEMBER 2018


Kongsikan Artikel ini :

Langgan Update Jawatan Kosong Percuma Ke Email :


DAPATKAN UPDATE JAWATAN KOSONG KE EMAIL PERCUMA :