Jawatan Kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris - Pelbagai Jawatan




Kekosongan Terkini di Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk tahun 2018
Calon-calon warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Universiti Pendidikan Sultan Idris 2018 seperti berikut :

UPSI

SENARAI JAWATAN : 

1. Lecturer - Klik disini..
2. Tutor - Klik disini..
3. Part Time Coach - Klik disini..
4. Pegawai Perubatan UD43/UD44/UD47/UD48/UD51/UD52/UD53/UD54 - Klik disini..

CARA MEMOHON
Pemohon perlu mendaftar dan mempunyai akaun dengan Online Job Application UPSI (myjobs.upsi.edu.my). Untuk permohonan jawatan kali kedua dan seterusnya, pemohon tidak perlu mendaftar semula atau mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada.

Permohonan secara atas talian perlu diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses menggunakan permohonan atas talian ini. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan tidak akan diproses. Setelah permohonan lengkap diisi, sila cetak dan pastikan gambar berjaya dimuat naik/dilekatkan, sila sertakan salinan keputusan-keputusan peperiksaan, sijil-sijil Kokurikulum dan sebagainya yang berkaitan (yang telah disahkan), dihantarkan ke alamat yang tertulis di bawah dan bukan diemel, pemohon yang terdiri daripada warga UPSI (kakitangan bertaraf tetap/ kontrak/sementara) perlu menghantar permohonan bersama surat iringan kepada Pendaftar UPSI melalui Ketua Pusat Tanggungjawab (PTj).

Pemohon perlu menyemak dari semasa ke semasa pengumuman yang dibuat di bahagian
Berita/Maklumat Terkini di myjob.upsi.edu.my untuk mengetahui status terkini permohonan.
Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pemohon mendakwa tidak mengetahui mengenai status permohonannya disebabkan pemohon tidak menyemak status permohonan secara atas talian di ruangan tersebut.

Pemohon diminta mengisi maklumat alamat emel yang aktif. Permohonan secara atas talian ini akan menggunakan emel sebagai salah satu medium komunikasi antara pihak UPSI dan pemohon. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pihak pemohon tidak menerima makluman yang dihantar secara emel kepada pemohon yang disebabkan oleh pemohon tidak mengakses emelnya.

Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.

Sila hantarkan permohonan ke:

Unit Perjawatan
Bahagian Sumber Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim, Perak

Lokasi : PERAK
Tarikh Tutup Iklan : 17 DIS 2018


Kongsikan Artikel ini :

Langgan Update Jawatan Kosong Percuma Ke Email :


DAPATKAN UPDATE JAWATAN KOSONG KE EMAIL PERCUMA :