Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kajang - Gaji RM1,218 - RM9,585




Kekosongan Terkini di Majlis Perbandaran Kajang untuk tahun 2019
Calon-calon warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Majlis Perbandaran Kajang 2019 seperti berikut :

Majlis Perbandaran Kajang

1. Akauntan WA41 
2. Penolong Pegawai Tadbir N29 
3. Pembantu Tadbir (P/O) N19 
4. Pembantu Tadbir (Kewangan) W19
5. Pembantu Akauntan W19 
6. Pembantu Penilaian W19 
7. Pembantu Juruaudit W19 
8. Pembantu Kesihatan Awam U19 
9. Pemandu Kenderaan H11 
10. Pembantu Awam H11

Mohon Jawatan Disini..

CARA MEMOHON
1. Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web www.mpkj.gov.my.

2. Borang permohonan hendaklah disertakan bersama dokumen tersebut :
(i) Salinan Kad Pengenalan.
(ii) Sijil Kelahiran.
(iii) Sijil-sijil Persekolahan.
(iv) Sekeping Gambar Berukuran Pasport.
(v) Salinan Lesen Memandu (Jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11 sahaja)

3. Setiap Salinan Sijil/Dokumen hendaklah DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan & Profesional) / Pengetua Sekolah / Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung.

4. Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam,  permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 dan Bab ‘A’ 1973 dan menyertakan bersama - sama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan.

5. Semua dokumen hendaklah dikepilkan dengan kemas bagi mengelakkan keciciran / kehilangan dokumen. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat.

6. BORANG PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP DIISI / TIDAK MEMENUHI SYARAT AKAN DITOLAK. Satu borang adalah untuk satu jawatan sahaja.

7. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja layak dipanggil temuduga.

8. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang.

9. Permohonan hendaklah dialamatkan kepada :

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.

(u/p: Bahagian Sumber Manusia.) 

LOKASI : SELANGOR
TARIKH TUTUP : 1 FEB 2019


Kongsikan Artikel ini :

Langgan Update Jawatan Kosong Percuma Ke Email :


DAPATKAN UPDATE JAWATAN KOSONG KE EMAIL PERCUMA :